Pages

Ads 468x60px

Thursday, October 17, 2013

saya adalah seorang MISI. ^_^

Hai... Assalammualaikum..
lamanye da x update entry baru.. hehe..
padahal baru 7 hari.. hikhikhik
emmm keje di ICU memang kadang2 mencabar jiwa dan raga..(bukan kadang-kadang hampir keseluruhannya) tapi di sinilah mcm2 sol belajar...
kekadang tu rasa 'im give up, rasa nk htr 24 hours resign' tapi pk.... 'ohhh... ive bond 3years more.waaa'
(sol belajar di bwh sponsorship IJN so kna ikat bond 5 tahun)
so truskan juga.. kutipla penglaman2 sebyk mungkin sblum hbs bond.. n pk langkah sterusnya..
so hari ni nak menjawab soalan2 tipikal org yg selalu bertnya ttg kerjaya nurse
Antaranya

1," keje nurse ni sng ke"
"senang kalu ada ilmu, xsusah kalu xde ilmu tapi rajin bertanya dan mahu belajar"
 apa yg org luar nmpk keje seorg nurse ni sgt sng, alaaaa.... tolong doktor sahaja... doktor mnta apa bg je lah, stakat cucuk montot, cuci luka, cuci BO/PU( BO-bowel open/berak), (PU-passed urine/kencing), apedehal, sng je pun... emmm ok realiti hidup dan pengakuan sendiri seorang isteri pesakit sol,
sol bawu tolong suaminya cuci BO n dia xboleh pergi ke tandas lagi sebab masih byk infusion di CVP n baru shj stabil selepas bypass operation
gambar hiasan semata- itulah CVP di mana ubat2 untuk stabilkan pesakit dimasukkan di situ.
bypass operation/CABG- coronary artery bypass graft
- dgn erti kata lain, membuat highway baru setelah jalan asal blok.. untuk tahu lbih lanjut, rajinkan google, xpun nti kalu sol rajin sol wat entry ttg CABG k, ^_-

setelah hbs cuci BO dgn bersama workmate, buka skrin n tgok isteri dia tersyum
' terima kasihlah adik, akak isteri dia pun belum tntu mampu nak cuci berak suami sndri'
'sol juz kata ' its ok kak, ini tugas saya, bantu mana yg boleh... '

bukan sol nk bangga nk riak nak menunjuk, tapi inilah pengakuan, jgn nmpk keje seorang misi sgt mudah selagi anda hanya melihat tapi xlakukan sendiri. itu hanyala 0.01% kerja seorang nurse. keje seorg misi bukan tu shja, byk lagi... Antaranya memastikan pesakit dlm keadaan stabil dari seteruk2 kritikal shggalah dia dpt stabil dan kembali menjalani rutin harian dia sebelum operation.

gambar hiasan bukan dari simpanan sol- ini rasanya gambar lama, tgok mesin pun mesin lama, hehe.. bayangkan seorang staff nurse utk menjaga patient yang pnuh wayar, ventilator, segala ubatan bagai.

 'ala... kalu dah belajar tahulah, sng je kan... emmmm, xmudah tapi kekadang tu kna pkir jga, kami bukan tuhan yang boleh menjangka apa akan terjadi seterusnya,  sehabis2 otak diperah, tenaga dikerah, untuk 7 jam atau 10 jam, anda rasa bagaimana... itu di ICU, kalu di wad, nurse adalah pengantara di antara doktor dan pesakit, order doktor perlu dipenuhi, rutin pesakit perlu dibantu, dokumentasi perlu diikut.. semuanya dibuat perlu dgn teliti tanpa ada silap kerana kami berurusan dengan kesihatan manusia bukan brg mainan, silap sedikit ada yang perlu di CPR atau announce code blue bagai.. Apa macam senang x keje misi? hehe

2,'eeee... xgeli ke adik misi dgn darah, kencing, berak
Kalu tanya soalan tu masa saya di semester pertama di hari pertama praktikal di kolej, saya akan ckp
' Masyaallah!!! sgt geli! xtahan... huhuhu' kalu boleh xmo ngadap pun.
saya hilang rasa geli tu selepas habis semester kedua. saya pernah menjaga seorg pesakit yg di isolate semasa praktikal, pesakit tu menghidap penyakit kulit, saya xigt apa jenis penyakit kulit, seorg pakcik yang sgt sabar dan sgt kuat menahan sakit, saya dah xigt ape penyakitnya tapi penyakit tu menyebabkan kulit dan sendinya mereput, jari2nya sikit demi sikit mereput, kulit pun sama, bau dlm bilik tu, Masyaallah, di sbbkan kulitnya dan sendinya mereput dan ada  mengeluarkan discaj2(air) ia mengeluarkan bau yang xmenyenangkan, seperti kusta tapi rasanya bukan kusta, saya xbegitu arif sgt ttg penyakit kulit, maafkan sol. di sebabkan kami ditugaskan berada di wad tersebut utk dua mggu so mmg selama dua mggu la kami budak2 praktikal uruksan pakcik tu,,

hari pertama : PERGH!!! kalu boleh saya xnk masuk dlm blk tu tapi terpksa sebab perlu lakukan observations, (check tknn drh, temperature) dlm sehari tu mmg cuba sedaya boleh utk lari dri msuk ke bilik tu.
hari kedua : mmg xboleh lari sbb sudah giliran saya, hari kedua la sol baru mula bercakap dan bersembang dgn pakcik tu, sebelum masuk ke bilik tu perlu pkai standar PPE ((personal protective equipment)

mask :
ni yg smbung kat telinga, mask ada byk jenis mask. 
apron :
plastik apron- so leyh halang kiranya ada discaj ka yg terpercik dari terkena baju
glove :
gloves getah, 
kami kna pkai sume ni sbb xnk beri sebarang infections pd pakcik tu yang imuniti dia da semakin rndah. sol tgok dia nmpk sgt dia dalam kesakitan, menderita, tapi di mulutnya tak kering dgn bacaan zikir. tapi sol hanya biarkan saja dia, dan lakukan kerja sol shj. sebelum sol keluar dari bilik tu, pakcik tu tetiba bersuara pada sol ' terima kasih dik sudi masuk tgok2 pakcik' , terkejut, terharu n tak terkata apa2. yang terkeluar masa tu 'sama-sama pakcik' . sol xbuat apa pun masa tu cuma cek tknan darah dan temperature dia.Malam tu juga kol mak sol n cerita kat dia pasal pakcik ni.. Tersentuh kjap dgn kata2 mak
' adik buatlah n jagalah pakcik tu macam adik jaga ayh adik sndri, ikhlaskan hati, kuatkan hati, Allah tu Maha Melihat apa yang adik buat, kenapa nak geli, '
untuk ikut sebulat2 apa yang mak sol cakap tu sebenarnya mengambil masa, akhirnya atas dasar simpati bercampur ngan apa yang mak sol ckp, perasaan geli tu hilang.
Sol mula kerap masuk bilik tu, bersembang dengan pakcik tu, dengar cerita dia, dengar keluhan dia, buat dressing luka dia ( percayalah, sangat2 mencabar sebab luka kulit yang mereput, meleleh air mata dengar pakcik tu kesakitan smbil dlm hati xsggupnya, rasa mcm nk hempas troli dressing tu dan tggalkan pakcik tu,), cuci BO dia, sol dpt hilangkan geli n buat semua tu selepas sol dpt adaptkan diri, pesakit tu mcm ahli keluarga sndri. Mula dari hari tu, BO/PU/Drh, biasalah... asalkan kita jaga diri kita sebaiknya, selepas dah uruskan semua tu, make sure tgn cuci bersih2. kita bukan jaga pesakit je, tapi kita kna jaga keluarga n org sekeliling jga, jangan sbb kita org sekeliling kita sakit plak. =)

Ni realiti seorang nurse, bukan saya shj, tapi semua nurse di dunia, ini cerita sol, xtau nurse2 yang lain yang bagaimana dyorg menghadapi di awal kerjaya mereka.

3, kat hospital kan kadang2 ada org mati lah, tenat teruk lah, xtakut ka?
soalan ni sgt femes. bila2 je ahli family patient masuk tgok patient yg sol jaga mmg slalu dyorg tanya sal soalan ni..
first sol buat LO (last office-uruskan pesakit yang da meninggal dunia sebelum dihantar pulang ke rumah) adalah pesakit HIV. Serius, mmg sol smpai termmpi2, sbb first time, tmbh HIV plak kan.. mmg super duper PPE lah.
jgn risau, HIV menjangkit melalui darah, bukan melalui cecair, kita masih boleh berkomunikasi dgn mereka.  tapi masa tu sbb first time kan so agak takutla.. macam mana LO tu..
1st : Perlu tanggalkan sebarang jenis branula atau line2 yang dimasukkan di badan mereka, sekiranya ada luka terbuka perlu jahit,
2nd : Bersihkan badan mereka.Ada yang ketika semasa sol praktikal dulu, menghadapi saat sakaratulmaut sehingga terBO. dan BO mereka sgt byk so kita perlu bersihkan.
3rd : Ikat di bahagian kepala untuk tidak biarkan mulut terbuka dan biarkan sebarng serangga memasukinya.
Ikat di bahagian sendi, tangan, lutut dan kaki.
4th : Balut badan mereka dgn bedsheet smntara di bw balik dan dikapankan.
macam seram kan. mana tak nya sol xtermimpi2 masa first2 dlu. tapi atas sbb tugas, macam da biasa, uniform kerja da jadi mcm semangat, tapi ini sebab kekuatan yang telah Allah beri.
tapi yang menggugat sol adalah, bila sol bukan waktu kerja dan melawat org meninggal dunia.
sol pernah ikut mak sol melawat isteri sahabt satu kerjanya yang telah meninggal dunia, kalu xslh sol sbb da lama.
sol slalu tgok, kita di msia, badan si mati akan di tutup dgn kain batik jawa. xtlly, tu yang lebih menyeramkan sol. (percayalah masa sol tgh menaip smbil membayangkan mmg bulu roma da naik) xssgup nak share gmbar.. so korang bygkan sndri ye. tambahan masa sol smpai di rumah sahabat mak sol tu dyorang da sediakan kain kapan, kapas, tikar mengkuang melapik kain kapan tu betul2 depan pintu masuk sbb rumah tu rumah kecik je. Mashaallah, rs lemah jantung. rasa mcm nak balik cpt2. tapi kuatkan jugala. sbnarnya itulah lebih menakutkan berbanding ketika sol menjalankan tugas. kalu rasa mcm nk freaky skit pun masa da siapkan LO sume, patient da berbalut dan bg relative tgok smntara tggu org mortuary dtg. dalam hati, apa2 pun di akhirnya, kita akan kembali padaNya juga, Innalillahiwainnailaihiroojiun.

4, best x keje shif? biasa x? 
haihhh... shif staf nurse ni biasanye sama je.
 7am-2pm
 2pm-9pm
 9pm-7am
malam tu lama skit la so bolehla klaim keje mlm.
xtlly, susah, maksudnya keje xmenentu masa, org pegi keje kita bawu blk kja, org tgh tido kita bawu start keje. selain nurse ada lagi org yang bekerja shif rsnye diorang pun tahu kan. so mmg kna plan betul2 utk family n keje. ckp psl planning. seriously, im da bad planner. masih belajar. ksian husband. lebihnya dia ikut ja. sol tgok n tnya senior2 sol, camna dyorg uruskan husband n anak2, bila free uruskan dulu apa yg perlu. sol tnya plak pd kwn sol yang mana mak dia seorg nurse, mostly dyorg sgt independent tp dibwh pengawasan. kwn sol tu skang ni, tgh smbung pengajian di Rusia untuk kedoktoran. tapi tulah, hujung mggu org len cuti, kita bekerja, tapi bersyukur sbb masih ada pekerjaan n rezeki yang halal.
emmmm... sol?? haih.. seriously im still in learning n masih susah nak biasakan diri bekerja shif n hidup berkeluarga. im sorry b. =(

5, keje nurse msti kdg2 xdpt cuti raya kan, camna?
feeling nya, sgt horrible!!! nak balik rayaaaa... waaaa... syukurla stakat ni kbtulan msih dpt balik raya cuma raya haji xdptla.. baru2 ni raya haji beraya di KL ja. mlm tu spatutnya kna keje skali ICU kol bg cuti... -_-' how dare u. sbb patient xramai n xde kes op hr tu so mmg xpyhla keje.. berhari raya di wangsa walk ja sbb nk g umah sedara mara dyorg pun blk kampung.. =( .

6, keje nurse ni kelulusan dia camna n boleh smbung lagi tggi ke?
staff nurse biasa, dia mula dgn Diploma in Nursing, da keje 2-3 tahun, kalu berminat boleh sambung degree, xpun buat post basic.POST BASIC?? apa tu? post basic tu maknya kita amik kursus untuk mendalami dalam penjagaan pesakit dalam bidang tertentu contohnya untuk critical care (CCN- critical care nurse), (ICN-Intensive care nurse),(renal-buah pinggang lbih pd dialisis) emmmm byk lagi. dan boleh sambung smpai PHD, stakat ni dgr cerita xramai lagi staff nurse di Msia yang lepasan PHD. tapi di ICU sol ada akak senior ni yang tgh smbung master, Master in nursing. sgt kagum dgn dia.. sol?? emmm... Inshaallah ada rezeki maybe akan smbung, tidakpun maybe sol akan kumpul pengalaman byk2 then abadikan diri utk keluarga, n maybe sol akan bertekad fokuskan pd kerjaya nurse ni...truskan.. tgokla dlu... =) misi jangka pendek, nak kuasai skil lagi di ICU IJN ni.

7, camne leyh start pilih nak jadi nurse ni? 
Sebenar2 cerita, sol xpnah terpk nak jadi seorang jururawat. Cita2 len, errrr..... doktor( fewitt) tp xmnat BIO (mana nk jadi dr) hahaha.. so mcm lbih pada nk jd engineering, lpas SPM sol dpt twrn pegi Matrik amik sains hayat. Matrik kat kolej mara kulim. dlm smbil sblum tu, mak da pjuk2 da, apply la kos lain. apply ja sume. ikut sajala.. haihh.. mak sol sbnrnya nak ada anak dia jadi cikgu mcm dia xpun nurse... sol jadi cikgu.. dri kecik tgok mak jd cikgu, mmg sol xkanlah jadi cikgu.. sbb jadi cikgu, kna bw keje blk umah jga kdg2.. hehe.. xminat. pastu sol dri kecik ada tabiat, sgt suka pegi hospital.
dijadikan cerita, sol dpt twrn interview IJN N USM, USM sol bwu nk interview time tu, IJN mmg sol terpilih shortlist. so mak suh sol pilih.. masa tu terbyg... baru tersedar.. wey!! betol ka, realiti ka.. aku jadi 'stap nes' ni, mak pun bgila ceramah motivasi dia smua... akhirnya sol pun ikut je lah... masih xpercaya g tu.. sem 1 serius, sol nangis2 kna hafal anatomy n fisiologi tu.. apa xfhm.. pekebenda florence nightingale tu... 7 hri 7 mlm teryak kot.. ok.. tu tipu.. tapi sgt susah nak adapt. smbil diam sblum tu sol ada apply gak chemical engineering, sol igtkan xdpt. dah msuk 2 bulan dip in nursing sol dpt twrn tu kat UNIKL. waaaaaaaaah!!! sodih, ngadu kat ayh.. ayah kata xperlu la.. solehah kan perempuan, nak bermain dengan kimia semua tu nanti kan da kawin nk pregnant susah plak, pastu peluang kerja snang ka.. dgar ayah ckp cmtu, muncung pjg2 mulut.. ayah n mak restu sol msuk nursing agi.. sessguhnya ssuatu yang kita lakukan dlm restu mak ayah mmg sgt dipermudahkan sbb kita dpt doa dari dyorg. xpercaya? percayalah..

pergh, pjg sgguh dah ni... ok lah, skiranya ada pertanyaan apa2 lagi, tgglkan komen ye... si renji ni da kcu da... apa2 pun yang kita buat, yang penting biar kita buat sesuatu dgn ikhlas, lillahitaala. org aggp apa pun apa yg kita buat, janji Allah tahu dan Maha Melihat apa yg kita buat.. sol tahu mcm2 perspektif buruk org pasal kerjaya seorang nurse, penggoda lah, perampas suami org la, emmm... mcm2 lagi lah, wallahualam, tapi itu sume kebetulan, nurse adalah kerjaya.. Inshaallah sol akan tetap menjadi seorg nurse, walupun maybe suatu ketika nnti bukan nurse pd pesakit maybe nurse pd suami, parents n inshaallah pada anak2 sol nanti... amin.. sbb sol da mula jatuh cinta... jatuh cinta pada kerjaya seorg jururawat. saya bangga saya adalah jururawat..

N.S.A.R


1 comments:

  1. kena kerja hari2 ke atau dalam seminggu tu ada off 1-2 hari?

    ReplyDelete