Namaste …
Hihi… hai… Assalammualaikum w.b.t
malam ni tetiba bosan, xde aktiviti melainkan melayan lagu dekat youtube. Sekali sol ternampak video lagu fanaa. OMG..OMG!! My fevret kot…
OK.. apa cerita hindustan pertama yang korang tengok yang memang sangat teruja gila sampai x hingat dunia?? Kalau tanya Sol, jawapannya adalah Kuch Kuch Hota Hai.
hikhikhik.. memang gila xhingat k tengok cita ni. Seingat Sol lah, cerita ni Sol tengok masa Sol darjah 3 rasanya. Ayah Sol ada belikan video tape cerita ni. Nak dijadikan cerita Sol duduk di rumah ayah Sol masa cuti sekolah. So tiap2 pagi bangun terus buka tengok cerita ni, sampai part yang Kajol ngan Shah Rukh Khan menari2 atas pentas tu terus Sol tarik adik Sol yang lelaki tu menari… wakakakaka.. kelakar gila bila ingatkan balik. Habis satu rumah kecoh, yang paling kesian ummi Sol lah sebab sampaikan batang penyapu dia Sol culik bajet nak jadikan gitar… hahahaha.. Punya perasanla nak jadi Kajol kan. Tapi time tu cerita Kuch Kuch Hota Hai ni memang superb meletop kot cerita dia.. cuba la tnya bebudak lahir tahun 90 an sure tahunya cerita ni.. Ok dalam cerita ni ada baju Kajol yang dia pakai seluar dan baju yang dipakai sekali tapi kena pakai t-shirt kat dalam dia. emmmm yang macam ni
haaaaa… yang macam atas ni, baju merah tu… Sol punya gila la nak ada juga baju ni walaupun xkisah la brape lama nak dapatkan juga… Punyalah pengaruh tv kan.. hahaha.. At last, Sol dapat juga beli baju tu dengan duit Sol sendiri semasa umur Sol 15 tahun… Punyalah pendam kan.. hahahaha.. tapi di sebabkan Sol ni peha besaq… pkai pun leyh pkai kjap jaa.. hampaaa…. skang ni baju tu pun Sol xtau da pegi ke mana dah..
Lepas tu mulalah kegilaan Sol pada cerita Hindustan. TV3 setiap hari sabtu kan ada tayangan hindustan. Pukul 2 tu da siap2 ada kat depan TV dah punya nak tengok kan. errrr… bukan Sol je ye yang gila hindi2 ni.. Mak sol pun layan juga k. xpercaya.??? cuba tanya mak Sol wayang pertama yang dia tengok sebelum kawin.. hehehe… seingat Sol la yang dia cerita kat Sol, kalau xsalah cerita Bobby. hihihihi.. Mana nak ditumpahnya kuah kalau bukan ke dalam nasi. tapi cerita Bobby tu kan hitam putih so sol xtertarik lagi nak tengok.. ngeeee. Bukti lagi satu.. korang layan x cerita ni… Mann
jangan x percaya dulu mak Sol siap ada kaset lagu2 Mann lagi… hehehe.. sampai Sol ni da terhafal dah lagu2 dia… hikhikhik… tapi kalau Sol nyanyi skrg ni mnta maaf la Sol memang xingat dah la.. duk pasang2 lagu hindustan sambil menaip blog ni tetiba husband Sol pun nak nyibuk gak.. dia suka satu lagu dalam cerita Mann ni. layan lagu sedih plak.. sodih haih.. cintan cintun juga upanya.. kata xlayan cerita hindustan n cerita melayu.. layan filem2 barat jeee.. tangan ke bahu mata ke atas.. tetiba dia suh dengar lagu ni la.. memang sedih pun lagu ni..
ok… xpayahla dengar lama2, satgi meleleh ayaq mata. xpalah kalu meleleh ayaq mata. takut ada yang meleleh ayaq liuq ja sebab mengantuk sgt.. hikhikhik. Cerita Mann ni x pengaruhi sangat kat Sol sebab sodih sangat cerita dia. Tapi memang kebanyakan cerita Hindustan dolu2 ala2 sedih dulu lepas tu barulah happy ending. Boleh dikatakan memang dok layan sgtlah cerita hindustan ni. Banyak sangat2 kalu dok ingat balik.. tapi ada satu cerita hindustan yang memang Sol nangis walaupun berpuluh kali tengok… Cerita ni
wuwuwuwuwuw.. Sedih gila kot. Time Sol paling sedih skali dan terharu bila Shah Rukh Khan dapat tahu yg hritik Roshan tu adik dia. duk ulang saja part tu.. huhuhu.. tergegeh kan… hahahahah. Kalau xsalah Sol lah dalam cerita ni jugalah baru Sol perasan kelebihan yang ada kat Hritik Roshan.. Bukan nyanyi ka menari ka… tapi tangan kanan dia… Tangan kanan Hritik Roshan ni ada dia tunjuk dalam cerita Koi Mil Gaya, alien jaadu.. hehehe…
nak tau benda apa… jeng jeng.. tengoklah nanti.. Alaa… rasanya semua orang da tahu kot.. hehehe..
Pergh… macam apa je kan Sol da share dan meleret2 kan.. hehehe… ni time Sol student2 agi.. kenangan saja dah ni. So xsalahkan kita pahatkan kenangan dalam blog kan, nanti anak cucu Sol boleh la baca sambil duk teringat mak n nenek depa ni hat perangai macam budak2 sambil duk gelak kan. hehehe.. Banyak lagi sebenarnya cerita2 hindustan yang jadi kegilaan Sol ni masa dolu2 la kalau sekarang ni kebanyakan cerita2 hindustan sekarang ni dah lebih banyak pada cinta perempuan yang seksi2. ergh! xlalu nak tengok.. Ingat x cerita Fanaa…. ok.. lagu dia memang sangat sedap… dok ulang saja sambil2 duk menaip entry ni.. layankan saja lagu ni ye…
Oklah.. nak melayan hero hindustan Sol sorang ni makan gulai ikan patin tempoyak sat.. satgi merajuk plak dia layan hero hindustan lagi dari layan dia.. wakakakaka..
Lalalalala…..
N.S.A.R






0 comments:
Post a Comment