Pages

Ads 468x60px

Thursday, March 13, 2014

Si Renji Patah Kaki

Assalammualaikum….
Memandangkan terlalu sibuk sampai tak sempat nak update blog. Nak cerita sal Renji demok kita jatuh balkoni patah kaki sian dia… Sekarang kita sibuk dengan page KEDAI ONLINE MURAH. 

Kisahnya rumah tak da sapa… minggu tu mama diaorang tak berapa sihat masuk wad semalam sebab muntah-muntah teruk.emmm biasa la pembawakan budak. So dapat pulak mc seminggu, memandangkan aku kerja jauh tak dapat la pantau sangat aku bawak mama diaorang nih balik kampung Bagan Serai, Perak. Yela sana ada orang nak jaga tengok selalu.

Tinggal la Renji dan Putih di rumah berdua saja… tapi isi siap-siap dah makanan dengan air untuk depa nih. Hari Selasa 11/02/2014 selepas meracun kebun orang punya terdetik nak balik tengok bulu-bulus nih. hari ahad lepas tu dah isi siap2 semua mknan dgn air.

Sampai rumah petang selasa cari Renji tak ada dalam rumah. huhu hati dah tak sedap dah satu rumah cari xjumpa jugak, last sekali pusing 1 apartment cari xjumpa gak….hurmmm redha jela. pasrah punya hal hari rabu balik kedah terus bawak Putih dengan barang-barang kucing semua tinggai di Kedah.

IMG_20140212_075105

Gambar putih time pagi kena ikut balik kedah. kecian mabuk berbuih mulut dia….

Dah setel semua hari khamis terus balik KL. Jumaat mau kerja pulak. petang jumaat tu ada seorang hamba Allah datang rumah bagitau yang kucing kami jatuh. diaorang nk pegi kerja pagi selasa ritu nampak Renji nia ada dlam longkang, tapi time blik petang tu still da dlm longkang lagi. so diorang la selamatkan. bawak ke klinik dan ke hospital. hari selasa tu plak aku smpai rumah dah mlm, patut xjumpa. diaorang da bagitau kucing ada di hospital Animal Medical Center,Jln Tun Razak. dia patah kaki. kos untuk op saja dianggarkan rm3ribu…. emmm hanya Allah ja yang tahu bertapa sedihnya…huhu. Tp Alhamdulillah hamba Allah yang selamatkan Renji nih dia yang tanggung segala kos perubatan dia. kami tak mampu dengan kos banyak tu. belum ubat lagi bermalam di hospital lagi. semua sekali rm4ribu lbih…
Semoga Allah murahkan rezeki hamba Allah nih…

IMG_20140215_153447

Hari sabtu 15/02/2014 kami pergi melawat dia di AMC. kaki depan kena cucuk masuk air. haiwan pon macam manusia jugak masuk air.huhu. tu ja hari last aku tengok dia, tak sampai hati nak tengok….hari2 lain semua mama dia yang pergi tengok.

IMG_1048980394527IMG_1052784588296IMG_1055879163758

3 gambar atas nih hari Isnin 17/02/2014 sebelum masuk op. mama dia jer pegi tengok…

IMG_23424801745984IMG_23429987466676IMG_23434910311446IMG_23438610171676IMG_23446890297907

Antara gambar selepas masuk besi di kakinya… emmm sedihkan tengok…

IMG-20140219-WA0000

Nih dapat whatsapp dari hamba Allah diorg pegi melawat. kena pakai kon dekat leher sebab Renji suka gigit pembalut tu.

IMG-20140301-WA0000

Tada…dah buka pembalut kaki. Nih dekat rumah Hamba Allah tu… dia sekarang ambil alik manjaga si demok nih.

Renji

Renji baru balik dari hospital… Renji budak demok kuat mana da nangis. dok rumah baru jangan nakal2 tau. papa dengan mama sentiasa rindu Renji. Crying face

Slide show my kitten klik sini

ok babai. nanti kita update lain.dah lewat nak p sembahyang jumaat pulak nih...

0 comments:

Post a Comment